PUSAT PEMPROSESAN MAKLUMAT LHDNM KINI DIKENALI SEBAGAI BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD DAN MAKLUMAT PERCUK
- Feb 20, 2020
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pemprosesan Maklumat telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Percukaian. Alamat terkini Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Percukaian adalah seperti berikut: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Percukaian, Jabatan Operasi Cukai, Menara Hasil Bangi, Aras 7, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor No. Telefon : 03-8913 3800 No. Faks : 03-8922 1801 Sebagai makluman Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Percukaian bertanggungjawab dalam menguruskan rekod awam percukaian, percetakan, mengimbas dokumen, memproses Borang Nyata Cukai Pendapatan dan Penyata yang dikemukakan oleh pembayar cukai secara borang kertas. Penstrukturan ini selaras dengan usaha LHDNM untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan percukaian dan meningkatkan kecekapan kos operasi. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara). Dikeluarkan Oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tarikh: 17 Februari 2020 SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663 Faks: 03-8313 7873 Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my --BERNAMA

Comments